Dari sebuah kegagalan
Aku memberanikan diri
Cuba bangkit kembali
Keberanian, semangat dan tekad yang hilang
Bagaikan kehilangan sinar cahaya
Cuba merangkak dalam kegelapan
Diterangi sinar pemberian tuhan
Aku yang sedang berdiri kini
Adalah yang bangkit dari sebuah kegagalan
Kegagalan yang amat pedih
Membuat aku menjadi insan
Insan yang sebenarnya insan
Aku kina sedar
Seseorang yang bangkit dari kegagalan
Akan mencari kembali segala semangat
Kerana yang bangkit dari kegagalan
Punya semangat berbeza mencari kejayaan
Aku yang bangkit dari kegagalan semalam
Dengan penuh azam yang ku genggam
Takkan ku lepas hingga menjadi abu
Mentari yang pernah hilang dari sebuah kehidupan
Kini ku doakan agar kembali menerangi
Hati dan nurani
Ninie
............genggam bara hingga
jadi intan berlian